Friday, 3 February 2017

Pencemaran Makanan

Makanan mentah dan makanan dimasak mudah rosak disebabkan oleh tindakan organisma perosak makanan, atau keadaan di dalam persekitaran. Makanan yang tercemar dan penyedia makanan adalah sumber utama transmisi mikroorganisma kepada manusia. Makanan yang tidak selamat dimakan mengandungi bahan pathogen yang menyebabkan penyakit pada manusia.

Sebahagian bakteria dan kulat boleh tumbuh dan menghasilkan toksin dalam makanan jika tidak dikendali dengan sempurna. Toksin ialah racun yang dihasilkan oleh mikroorganisma. Mikroorganisma yang mengeluarkan toksin dan menyebabkan makanan tercemar termasuk Staphylococcus aureus, Clostridium botulinum, Clostridium perfringens, dan kulat.
Makanan yang tercemar akan berubah rupa, rasa, bau, dan tekstur. Keracunan makanan adalah disebabkan oleh makanan yang telah tercemar. Keracunan menyebabkan cirit-birit, muntah, dan kemungkinan kematian. Kesan keracunan dapat dirasai selepas 1 hingga 30 jam memakan makanan yang tercemar.

                                   Image result for apa itu pencemaran makanan

No comments:

Post a Comment