Saturday, 4 February 2017

Punca-punca Pencemaran Makanan

  1. mikroorganisma :

  • bakteria
            Klasifikasi    Cara pembiakanTempat pembiakanMakanan yang mudah dicemariKeperluan pembiakan
  • Mengikut bentuk : bulat, rod, berpilin.
  • Melaluibinary fusion : sel akan membahagi kepada dua dan seterusnya
  • Dalam air, tanah, udara,  badan manusia an haiwan
  • Sup, daging, nasi dan telur
  • Memerlukan nutrient, kelembapan, suhu, pH, udara, dan masa untuk membiak.


  • kulat
              Pencemaran kulat
  • Mencemari tumbuhan, haiwan, dan manusia dengan membebaskan toksin.
  • Tumbuhan yang dicemari : bijirin, kekacang dan kentang.
  • Cladosportium yang berwarna hijau mencemari daging.
         Keperluan pembiakan
  • Bergantung kepada bahan organik yang kaya dengan tenaga bagi mendaparkan nutrient.
  • Memerlukan makanan, oksigen, air, suhu dan pH.
  • Hidup dengan baik dalam medium berasid.
2. haiwan dan serangga perosak
    — mencemari makanan melalui najis dan air liur.
    contoh :
                                                          haiwan dan serangga perosak

3. bahan kimia
     a) aditif
         — bahan kimia yang ditambah dalam makanan untuk memperbaiki rasa, tekstur dan rupa makanan.
         — bahan pewarna dan pengawet yang boleh mencemarkan makanan ialah :
  • asid sorbik di dalam jeruk dan keju.
  • monosodium glutamate ( MSG ) di dalam sup dan snek.
  • asid borik didalam bebola ikan dan mi
  • asid laktik dalam minuman dan biskut.
  • sulfur dioksida di dalam buah-buahan kering.            
        contoh :
                                                  
                                                               pengawet makanan
     
b) bahan kimia
         — bahaya apabila digunakan secara berlebihan.
         — racun serangga dan rumpai meninggalkan baki pada sayuran dan buah-buahan.
        contoh :
                                                                   racun serangga
    
 c) logam
         — logam dari bekas boleh terhakis oleh makanan berasid dan mencemarkan makanan di dalamnya.
         — contoh : aluminium, ferum, kuprum, plumbum, dan merkuri.


4. tindak balas enzim
    — menyebabkan makanan cepat masak.
    — buah-buahan akan jadi kuning atau perang dan cepat rosak.
    contoh :
 
                                                   tindak balas enzim terhadap buah betik

5. perubahan fizikal
     — perubahan warna, rasa, bau, rupa, dan tekstur
     — berlaku apabila makanan berkaleng atau berpek melepasi tarikh luput atau berlaku kerosakan pada                   pembungkus.
     — makanan segar : ikan akan mempunyai mata yang merah, insang pucat, dan bau busuk.
     — sayur dan buah : layu, kecut, dan busuk jika disimpan terlalu lama.
     contoh :
ikan yang dicemari

6. benda asing
     — boleh memasuki makanan semasa proses menyedia, memasak, menyaji, dan menyimpan.
     — contoh, rambut, pasir, batu, dan sebagainya.
                                                              

Friday, 3 February 2017

Pencemaran Makanan

Makanan mentah dan makanan dimasak mudah rosak disebabkan oleh tindakan organisma perosak makanan, atau keadaan di dalam persekitaran. Makanan yang tercemar dan penyedia makanan adalah sumber utama transmisi mikroorganisma kepada manusia. Makanan yang tidak selamat dimakan mengandungi bahan pathogen yang menyebabkan penyakit pada manusia.

Sebahagian bakteria dan kulat boleh tumbuh dan menghasilkan toksin dalam makanan jika tidak dikendali dengan sempurna. Toksin ialah racun yang dihasilkan oleh mikroorganisma. Mikroorganisma yang mengeluarkan toksin dan menyebabkan makanan tercemar termasuk Staphylococcus aureus, Clostridium botulinum, Clostridium perfringens, dan kulat.
Makanan yang tercemar akan berubah rupa, rasa, bau, dan tekstur. Keracunan makanan adalah disebabkan oleh makanan yang telah tercemar. Keracunan menyebabkan cirit-birit, muntah, dan kemungkinan kematian. Kesan keracunan dapat dirasai selepas 1 hingga 30 jam memakan makanan yang tercemar.

                                   Image result for apa itu pencemaran makanan